Friday, June 24, 2011

Cerita Tentang Rumah - Agen hartanah

Agen hartanah ni adalah individu yang boleh kita lantik untuk uruskan hartanah kita..tak kira rumeh ker, tanah lot, nak sewa atau nak jual..semua ejen nie boleh buat..

Pendapatan diorang nie banyak bergantung kepada komisen jualan hartanah mereka..Setiap hartanah terjual biasanya ejen dapat dlm lingkungan  3%-5%..manakala kalau rumah sewa pulak, ejen akan dapat 1 bulan sewa..Bayangkan kalau hartanah yang terjual tu reganya adalah 1 juta.pergh..makan tak abis laa komisennya..Lagi satu ejen nie boleh jugak buat duit sampingan kalau dia ada networking dengan lawyer, valuer, bankers..yang mana 'mungkin' ejen boleh dapat komisen dari lawyer,valuer,banker nia kalau dia perkenalkan client..

Nak jadi ejen hartanah kena ada lesen..dan perlu duduki peperiksaan, bila dah ada lesn, diorang ada code of conduct dia..ada peraturan dan rules yang perlu diikut oleh semua agen hartanah. Tapi tak semua ejen hartanah tu ada lesen..bagi yang takde lesen, diorang akan bernaung di bawah 1 syarikat besar yang berlesen sebagai ejen hartanah..

Bercerita pasal ejen hartanah nie, aku suka nak cerita pengalaman aku dealing dengan ejen untuk rumah pertama aku. Ejen nie namanya Michael dari R***field Property. Kebiasaannya kalau kita dah close deal dengan penjual (dalam perjanjian biasanya dipanggil 'Vendor') berkenaan harga rumah, kita akan sign Surat Persetujuan Membeli/Aggreement to Purchase yang ada letter head Company Agen Hartanah tu bernaung..dan surat tu bukan sekadar surat biasa, sebab ianya adalah boleh dibawa masuk dlm court sebab company hartanah nie terikat dengan peraturan yang ditetapkan..means takleh suka-suka hati jer nak pakai surat tu..Surat tu akan bagitau berapa % kita dah bayar sebagai booking/deposit, macam mana cara pembayaran dan tempoh masa untuk sign Sales Purchase Aggreement (SPA). 

Oleh kerana ini adalah pengalaman pertama aku beli rumah masa tue, aku pilih untuk bayar secara cash duit deposit 3% lebih kurang 4.8k!!hahah..bayangkan laa..tebal giler envelope aku kasik kat ejen tu..Sepatutnya adalah lebih selamat kalau kita gunakan Check/bank Draft atas nama company R****ield tu,.tapi aku baru jer keje masa tu, mana laa ada buku check, lagipun takde keperluan untuk aku ada buku check pun..Si Michael nie cakap nanti lepas penjual/vendor sign (masa sign vendor takde) dia akan bagi 1 copy untuk aku, haram takde pun kasik..

Kegunaan  Aggreement to Purchase/Surat Pernyataan Hasrat Membeli/SSurat Persetujuan Membeli nie, ianya sebagai draf yang akan membantu lawyer untuk sediakan perjanjian SPA, sebab dlm nie dah cerita mode pembayaran, tempoh pembayaran dan lokasi property..benda2 lain dalam perjanjian biasanya dah ada format dia dia kat pejabat lawyer..tinggal diorang nak paste nama kita & vendor jer..jadi kalau dah sign dokumen nie, boleh terus bawak jumpa lawyer untuk diorg prepare SPA

Berbalik kepada duit booking/deposit tadi, duit yang ejen nie terima sepatutnya dikembalikan semula kepada company tempat dia bernaung iaitu R***field, sebab dia nie takde lesen ejen sendiri, jadi Company yang dia gunakan untuk keluarkan Aggreement to Purchase to akan ambil lebih kurang 1% dan hanya 2% diberikan kepada ejen (bergantung jugak kepada company mana, ini berdasarkan cerita member). Tapi dalam kes aku nie, si Michael nie pegi simpan semua duit tu kat dia dan joli sakan (pasal aku gak bagi cash, tapi itu kesilapan di tak amanah dengan employer dia).

Effectnya pada aku adalah, katakan tengah jalan sebelum aku sign SPA tetiba owner/penjual/vendor tak jadi nak jual, akulah yang rugi, burn RM4k sebab perjanjian asal, si ejen tadi pegang & tak hantar pada company dia untuk rekod sebagai pemegang amanah/orang tengah.

Tapi alhamdulillah..takde apa2 berlaku sehingga aku dgn penjual sign SPA.. aku pun hanya dapat tau yang ejen nie baut taik kat company dia bila company dia tetiba call aku bagitau pasal masalah ejen diorang nie..jadi kalau korang dealing dengan ejen hartanah di berwaspadalah, since kejadian tu aku pun dah tak minat nak guna khidmat ejen untuk urusan sewa rumah aku (setakat nie la)..lagipun kebanyakan medium yang ejen gunakan untuk iklankan rumah kita (biasanya melalui website/laman iklan property/mudah.my) aku boleh buat sendiri.

Dokumen-dokumen dalam proses jual beli seperti Aggreement to Purchase/Surat Pernyataan Hasrat Membeli/SSurat Persetujuan Membeli kita boleh sediakan sendiri. Cuma pastikan dokumen yang kita dah sign tu dimatikan setem di Pejabat duti Setem LHDNM untuk memastikan dokumen tersebut valid di mahkamah. Memandangkan untuk stamping/mati setem ini ada kos dia, aku hanya akan readykan jer dokumen nie untuk stamping kalau ada masalah dengan bakal pembeli/penjual..kalau takde masalah hingga sign SPA takyah stamping laa..hehehe..Begitu juga dengan Perjanjian Penyewaan/Tenancy Aggreement, kita boleh buat sendiri dengan gunakan contoh/template yang melambak kat internet dan ubahsuai supaya memenuhi keperluan & protect kita. Kemudian bawa untuk mati setem kat kaunter Duti Setem LHDNM..kosnya sekitar 20 -30 hengget jet utk dokumen utama (bergantung kepada kadar sewa, sebab ada pengiraan dia). Salinan perjan jian pulak 10 hengget jer.

kalau korang nak contoh-contoh dokumen yang aku sebutkan kat atas tu boleh emel aku..aku kasik free jer dengan syarat letak link blog nie kat blog korang hahahah...


No comments: